Rakyat Telah Memberi Peluang Tetapi Kerajaan Umno-BN Gagal Melaksanakannya

October 10, 2008

Salam sejahtera, Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu, tetapi perubahan yg rakyat inginkan dari kerajaan Barisan Nasional (BN) masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Maka tibalah masanya rakyat menentukan apa seterusnya akan berlaku di politik Malaysia ini.

Saya sendiri berasa sedikit terkejut kerana Datuk Seri Abdullah Badawi tidak dapat menghabiskan tempoh pemerintahannya dengan baik, akibat dari gesaan ramai pihak termasuk ahli – ahli UMNO sendiri memintanya mengundurkan diri, supaya Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Najib) dapat menggantikannya.

Kita hanya dapat tunggu dan berdoa sahaja kepada tuhan untuk mendapat perubahan yang baik di masa hadapan. Salam sejahtera.


Harga Minyak Naik, Apa Halnya Kita Mahu Ikut Negara Asia Lain Yang Takde Telaga Minyak

June 4, 2008


Salam Sejahtera,
Hari ini emak saya memberitahu kepada saya yang stesen minyak berdekatan di rumah saya penuh kerana harga minyak naik secara mendadak, iaitu tambah lagi 80 sen satu liter, ini yang terbaru ada kawan saya cakap minyak dah abis di beberapa stesen minyak berdekatan bangi, selangor untuk hari ini.

Rakyat malaysia pasti merasa hairan mengapa negara yang mempunyai telaga minyak yang secukupnye mahu mengurangkan subsidi, sepatutnya subsidi di teruskan untuk gas asli (LPG) sekali kerana sumber itu datangnya dari perairan negara Malaysia, bermakna kita (kerajaan) boleh mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dari penjualan petro dan gas tersebut, tetap apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya, jadi pikir pikirkanlah. Untuk lebih lanjut sila ke anwaribrahimblog.com