Rakyat Telah Memberi Peluang Tetapi Kerajaan Umno-BN Gagal Melaksanakannya

October 10, 2008

Salam sejahtera, Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu, tetapi perubahan yg rakyat inginkan dari kerajaan Barisan Nasional (BN) masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Maka tibalah masanya rakyat menentukan apa seterusnya akan berlaku di politik Malaysia ini.

Saya sendiri berasa sedikit terkejut kerana Datuk Seri Abdullah Badawi tidak dapat menghabiskan tempoh pemerintahannya dengan baik, akibat dari gesaan ramai pihak termasuk ahli – ahli UMNO sendiri memintanya mengundurkan diri, supaya Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Najib) dapat menggantikannya.

Kita hanya dapat tunggu dan berdoa sahaja kepada tuhan untuk mendapat perubahan yang baik di masa hadapan. Salam sejahtera.