Salam Sejahtera,
Hari ini emak saya memberitahu kepada saya yang stesen minyak berdekatan di rumah saya penuh kerana harga minyak naik secara mendadak, iaitu tambah lagi 80 sen satu liter, ini yang terbaru ada kawan saya cakap minyak dah abis di beberapa stesen minyak berdekatan bangi, selangor untuk hari ini.
Rakyat malaysia pasti merasa hairan mengapa negara yang mempunyai telaga minyak yang secukupnye mahu mengurangkan subsidi, sepatutnya subsidi di teruskan untuk gas asli (LPG) sekali kerana sumber itu datangnya dari perairan negara Malaysia, bermakna kita (kerajaan) boleh mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dari penjualan petro dan gas tersebut, tetap apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya, jadi pikir pikirkanlah. Untuk lebih lanjut sila ke anwaribrahimblog.com
June 4, 2008 at 4:15 pm |
yup..sy setuju bebeno..kita malaysia kaya dgn hasil bumi…..kita ada telaga sendiri..kita ada minyak…mengapanak ikut pasaran global..lain lah klo kita tiada minyak…..bukankah minyak kita leh supply sendiri utk dlm negara…klo x cukup pun kerajaan hanya import separuh ajer………..
June 5, 2008 at 4:57 am |
Yang perlu dibuat oleh Kerajaan ialah memperbaikki keupayaan “public transport system” supaya tak perlu pakai kereta melainkan terdesak atau ke oustation. Yang keduanya supaya sistem “internet broadband” perlu di pertingkatkan kelajuannya dan diperluaskan kawasannya supaya banyak urusniaga dapat dijalankan online. Kedua dua cara peyelesaian ini kalau dibuat, pada tahap negara maju, akan mengurangkan penggunaan keenderaan sendiri dan minyak!
June 5, 2008 at 5:51 am |
yelah..geram jgk nih. semua naik. pakai kereta mmg jadi satu keperluan.
senang sikit nak ke mana2, bw anak2 jalan. nak pegi keje.kerajaan patut ada plan utk membantu rakyat golongan sederhana ni.apa lagi yg pendapatan rendah. cadangan aku; tambahlah pam NGV di petrol station..bagilah insentif sikit utk pemilik kereta install sistem NGV nih.
patutlah mahathir suruh pak lah letak jwtn.
pening2. gaji naik sikit je. tapi serupa jer lah.
June 5, 2008 at 8:43 am |
kerajaan negeri pr perlu membuat mou bersama pedagang-pedagang dari pengeluar minyak dan mencadangkan pembukaan stesen-stesen minyak jenama lain dan mengikut harga negara-negar terbabit ataupun sedikit kenaikan untuk keuntungan….harga RM0.16 selietr minyak di Venezuela adalah amat rendah dan kita boleh membeli daripada mereka…usahakanlah dsai…demi rakyat dan kesejahteraan ummah…janganlah kerana minyak kita kebuluran dan melarat…
June 6, 2008 at 1:53 am |
Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.
Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan.
June 7, 2008 at 8:29 am |
Saya tak tahulah nak cakap macam mana pasal harga kenaikan minyak ni, tapi yang pasti ramai yang tak suka. tapi cuba kita renungkan balik, harga kenaikan minyak kat negara lain lagi tinggi kalau nak dibandingkan dengan negara kita. Mungkin kita patut rasa bersyukur dan pasti kerajaan pun sebenarnya tak nak hal ni terjadi… pasal parti pembangkang yang nak turunkan harga minyak tu sebenarnya tak berapa logiklah. sebab kalau buat macam tu, mungkin kita dapat kebaikan tetapi hanya untuk jangka masa pendek je, petronas pun akan bankrup dalam tempoh masa yang singkat sangat. Tapi tak tahulah mungkin ada yang akan menentang pendapat saya ni lepas ni. tapi ikhlas dari sudut hati saya, saya rasa kita patut bersyukur dengan kenaikan harga minyak serta dengan tindakan kerajaan kita sekarang ni. wassalam.
June 7, 2008 at 2:57 pm |
Kepada budak malaysia, memang betul cakap awak, pagi tadi saya baru dengar agung cakap, sebenarnya telaga minyak takkan bertahan lama pada tahun 2011 minyak kita akan tinggal sikit sahaja, selepas itu negara kita akan jadi pengimport minyak 100%. Sekarang ini kerajaan mahu rakyat membiasakan diri dengan pengurangan subsidi secara perlahan-lahan. ok semua jangan gaduh2 ok nanti ekonomi pun terganggu. terima kasih semua kerana komen
June 12, 2008 at 3:43 pm |
Kerajaan sebenarnya mana ada beri subsidi minyak? satu sen pun tak ada. Kalau kita adalah pengimport minyak barulah boleh kerajaan kata dia subsidi minyak kepada kita. tetapi kita adalah pengeksport. Bezanya sebahagian minyak yang dihasilkan dijual di pasaran tempatan untuk kegunaan domestik dimana harganya lebih murah berbanding dengan harga eksport, Itu saja, Thats simple. Minyak yang kita beli daripada station petronas sebenarnya tak merugikan petronas malah petronas masih untung kerana minyak ini keluar dari perut bumi free! Cuma Petronas untung kurang berbanding kalau dieksport keluar negara.Cuma Menteri pariah kita tamak, untung sikit tak cukup. Jadi rakyat Malaysia kenalah menjadi mangsa. Mereka pemimpin dah menganggap Petronas dan minyak dibawah perut bumi Malaysia milik mereka sendiri.
June 12, 2008 at 3:45 pm |
nfinitymusic Says:
June 7, 2008 at 2:57 pm
Kepada budak malaysia, memang betul cakap awak, pagi tadi saya baru dengar agung cakap, sebenarnya telaga minyak takkan bertahan lama pada tahun 2011 minyak kita akan tinggal sikit sahaja, selepas itu negara kita akan jadi pengimport minyak 100%. Sekarang ini kerajaan mahu rakyat membiasakan diri dengan pengurangan subsidi secara perlahan-lahan. ok semua jangan gaduh2 ok nanti ekonomi pun terganggu. terima kasih semua kerana komen
Adakah anda rasa bila minyak kita habis, kerajaan akan membelanjakan wang simpanan petronas untuk negara? I don’t think so
June 19, 2008 at 2:03 am |
- bukan tak bersyukur atau berterima kasih tetapi kita kene tahu hak kita.
- yang kita tuntut hak kita bukan hak orang lain.
- jangan dibiarka bangsa kita pijak kepala bangsanya sendiri penipuan yang mereka dah buat menunjukkan yang mereka dah memperbodohkan kita.
- buktinya ada dan jelas didepan mata.
1. mereka kata minyak tak kan naik tahun ini selepas pilihan raya tetapi mereka naikan jugak.
2. mereka kata kalau naik pun 10% je tapi sekarang naik 40% lebih.
3. mereka kata naik bulan ogos tetapi serta merta naik – pengumuman pkl 4 ptg. kenapa begitu lewat ada stesn yg tutup stesen minyak dan menunggu pkl 12 utk dpt untug lebih. apa tindakan mereka utk itu adakah mereka fikirkan.
4. kenapa selepas minyak naik baru cari langkah -langkah nak megurangkan beban rakyat apakan nasib dan kesengsaraan sudah jadi perkara no. 2 difikirkan selepan menaikkan harga barang – nak naikkan harga kenapa begitu tergesa-gesa
fikirkanlah untuk kebaikan sendiri dan negara
August 26, 2008 at 12:51 am |
kepada semua rakyat malaysia, cuba anda fikir kembali. walaupun negara kita adalah sebuah negara membangun dan pastinya menerima impak keatas pergolakan ekonomi negara maju khususnya AS, tetapi M’sia adalah pengeluar minyak. kalau anda fikir M’sia akan kehabisan minyak pada masa akan datang, tetapi ia belum habis skg, so tak mungkin harganya naik mendadak. kalau pun ada kenaikan harga, tetapi ia perlu mengambil kira kemampuan rakyat. kita dibebankan, apa yang menjadi beban kepada kerajaan? kerajaan hanya dibebankan oleh rungutan rakyat yang meminta harga minyak diturunkan. petronas memperolehi untung bersih RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, naik 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion tahun lalu. Petronas berkata peningkatan keuntungan itu disumbangkan oleh kenaikan harga minyak. saya nak bagi tahu keuntungan petronas bukan berharap petronas akan membiayai minyak untuk kita, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa walaupun harga tidak dinaikan lebih tinggi, petronas tetap masih untung, tidak seperti yang didakwa di mana petronas menanggung kerugian berikutan kenaikan harga global. think the best for ours!